Tuesday, April 13, 2010

1 Good News, & 1 Bad News....

Assalamualaikum...
Hmmm... Malas nk tulis pjg2 lah. Xde mood lgsg hr ni.
Anyway, I ada 1 good news. & 1 bad news....
perkara yg bestnye ialah, yesterday i pergi clinic n buat 3d scanning... my baby was ok. everything looks perfect. & i will get baby girl.. hmmm... x sabarlah... i nk sgt tengok wajahnya..
And the bad news is my husband curang dgn i.......... dah lah curang, menipu pulak tu... Malaslah...
waaaaaa... why he do this to me...? apa slh I?? apa dosa i padanya..??
oh.. tidak... tidak... i x blh terima...

Monday, April 5, 2010

Mama Menyesal.. Mama Minta Maaf..

TO MY BELOVED DAUGHTER & SON
MAISARAH & HAIKAL

Mama sangat menyesal atas apa yg terjadi
mlm tu. Mama berjanji pada Maisarah dan Haikal,
dan diri Mama sendiri,
Mama bersumpah dengan nama ALLAH,
Mama tidak akan sesekali melakukan perkara tersebut
kpd kalian lagi.
Mama akan sentiasa menjaga kalian dengan baik,
melindungi kalian dgn penuh kasih sayang....
membelai di saat kalian memerlukan.
Mama akan melayani kalian berdua dgn penuh
kesabaran..
Semoga Allah ampunkan segala dosa Mama
terhadap anak-anak Mama ini...
Sesungguhnya Mama tersangat menyesal ,
menurut perasaan amarah yg melampau itu.

MAISARAH...HAIKAL...

MAAFKAN MAMA,
SAYANG...


Maisarah Demam...

Salam semua..
I hope all my readers berada dlm kesejahteraan hendaknya, Insya-Allah..
Hmm... nothing to story for today, just wanna share wit u guys out there bout my lil daughter condition..
Poor she.. Demam, batuk.. mujur sgt dia x selsema. Kalau x, hmmm... lagi haru biru jadinya. Maisarah tu manja sikit orangnya. So far, Haikal ok.. Haikal tu kuat semangat orangnya. I selalu perhatikan dia, kalau dia batuk. When he get cough when he wanna sleep, dia akan cuba tahan, sometime spai merah mukanya dek krn menahan batuk yg mengganggu tidurnya tu. Maisarah ada juga muntah2. I naik risau sgt jadinya. Bukan apa, skrg ni mcm2 wabak n penyakit yg mudah merebak especially yg plg I takut, H1N1 n Demam Denggi. Ish... Simpang malaikat 44... Minta dijauhkan..
Area my house, mmg ada case Denggi. Yesterday evening, ada org dari Jabatan Kesihatan dtg menyembur nyamuk. They received a report kata ada budak umur 2 tahun kna Denggi. Tu sebab diorang dtg menyembur tu... Katanya, banyak dah kedai2 kat area Indera Mahkota ni yg tutup sementara sbb takut case ni lah. So, pagi semalam, I pergilah ke Hospital Pakar KPJ, Jln Alor Akar. Sekali tengok, wargh...ramai btl patients.. tapi, doc ckp Maisarah bukan demam Denggi. Cuma demam akibat cuaca skrg. Pemanasan global kan... Fuhhh... Lega n lapang dada I mendengarnya. Masuk je dlm kereta, I terus call my mom. Beritahu dia sepatah, cucu kesayangannya tak apa2.. Demam biasa sj.. Minta dia jgn risau, takut dia pulak yg naik darah tinggi.. huhuhu..
YA ALLAH, Lindungilah anak-anakku dari musibah dan bencana penyakit itu.. Kurniakan mereka kesihatan yg baik, & jadikan mereka anak-anak yg sihat tubuh badan dan cerdas akal serta fikiran..
Buat anak-anak Mama, MAMA LOVE YOU SO MUCH!!!

Monday, March 29, 2010

Assalamualaikum.. Hai.. How r u doing today? Hope everyone ok, sihat dgn kehendakNya, Insya Allah. I'm ok, husband outstation semalam, ada meeting katanya. Jgn melencong sudah... heheheh.. Maisarah & Haikal also fine. Baby yg dlm perut ni pun ok, asyik menendang je. Today, cukup 23weeks (5bln lebih). 2 weeks from now, I kena pergi klinik, buat check up. I nk buat scanning. Skrg ni ada 3D scanning. Blh nmpk lbh jelas if baby got problem. Contohnya, kalau baby ada masalah sumbing.. Mcm2 lagilah.. Bagus technology zmn skrg ni, serba canggih. Masa scan Maisarah dulu, siap blh print gmbr tu, spai skrg I simpan. Masa Haikal, x blh print.. gmbr gelap. Baby ni x tahulah. Kalau b'nasib baik, dapat lah print, simpan, bt kenangan.. hehehe. Nak tahu baby ni baby girl or baby boy, senang nk buat persediaan.
Hmmmm... menyentuh perihal baby yg dlm kandungan I ni, semalam I ada terbaca dlm satu blog mengenai kandungan jugalah. If I'm not mistake, blog tu namanya afzanistrator.blogspot.com (minta maaflah kalau tersilap), sbb x brp ingat. I sgt berminat dgn tajuknya yg berbunyi "MENGAPA YAHUDI BIJAK?". Post nya sgt pjg, tp sgt berbaloi utk dibaca, especially to women yg bru lps kahwin, & wish to have a baby. So, baik kita praktikkan ia to get a genius child. Iyalah, jgn kita tengok perkataan YAHUDI tu, tp kita lihat kpd amalan2 yg org mereka lakukan. Yg mana baik utk kita, apa kata kita amalkan. Melainkan kalau anda langsung x kisah anak anda tu bodoh & bengap.. Tapi, setahu I, zaman skrg ramai ibubapa berlumba-lumba nk jadikan anak mereka number 1 in Malaysia. 16A 1 senang2 je dlm tangan. Xkan lah kita x mahu anak kita bijak mcm mereka2 tu kan?? Hmmm... So, Selamat Membaca... :p
~~Dr Stephen Carr Leon~~
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yg menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, music, saintis dan yang paling hebat ialah dalam bidang perniagaan, dimana ia memang palong tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat secara harmoni. Untuk pengetahuan anda, tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data2 yang setepat mungkin.
Antara data2 yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data2 tadi saya cuba bandingkan dgn bangsa dan kaum2 lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tidak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak". Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa rasa jemu beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awak mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengahari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau, daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang2 Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu2 yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang2 Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan(hanya isi @ fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi, anda akan dihidang buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi@roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sesekali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh @ lembap). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah.......tekalah sendiri!!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak2 tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak2 Yahudi sungguh bijak dan rata2 mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain music dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak2 dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran music dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius music terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak2 Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak2 di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Di sini murid2 ditekan dangan matapelajarn sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Sati lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US 1 juta!! Anda terperanjat? Itulah kenyatannya, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai 1/2 perniagaan di dunia!! Siapakah yang mencipta Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka. Menurut mereka, ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala. Banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang2 Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang2 Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka, lahirlah Starbuck, Dell Computer, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar music classic. Seterusnya, ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yang baik untuk otak, menghayati music sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak2, dengan bermain piano dan violin tentu dapat melatih anak2 mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart, dan menembak.
Merokok menjanjikan gerenasi yg moron (bodoh) dan sudah tentu gen yg bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali. Di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka (Singapore) hampir serupa dengan Israel. Maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$0.70cts!!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg boleh dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahsa lain selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama @ bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival. Yang ingin saya ketengahkan ialah, MAMPUKAH KITA DAPAT MELAHIRKAN GENERASI YANG BIJAK SEPERTI YAHUDI?
Jawapannya ialah mungkin memerlukan perubahan, dan pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya. Setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa Saya Gemarkan Tomato.
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan menusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

-----------------------------------------

Hmmm... So, whats ur opinion guys? Bolehkah kita terima pakai apa yg Dr Stephen Carr Leon ni katakan hasil dr kajiannya yg lama tu? Bagi I, mengapa tidak?
  • Bagi yg beragama Islam, bermain piano, menyanyi dan mendengar alunan music yg lembut sama jg dgn alunan Al-Quran. Kita digalakkan membaca Surah2 terpilih seperti Surah Mariam dan Surah Yusuf semasa mengandung krn kita tahu, Surah2 tersebut ada khasiatnya yg tersendiri..
  • Makan makanan yg berkhasiat seperti kurma, salad, buah-buahan, ikan.. bukan snak, makanan berperisa & yg mengarut ntah ape2 tu.. Mak saudara I ckp, makan 7 biji buah kurma sehari dpt melahirkan anak yg penyabar.
  • Amalan menggoyangkan @ menundukkan kepala yang diamalkan orang Yahudi lbh kurang sama juga seperti yg dituntut dlm Islam. Yakni, semasa kita bersolat, kita merukuk, bersujud. Semasa bersolat jg, kita mesti memandang tmpt bersujud shj. Iaitu dlm keadaan menunduk. Pelajar2 tahfiz juga, kalau kita perhatikan, sms mereka menghafaz ayat2 Al-Quran, mereka akan menggoyangkan kepala mereka spy senang mengingati ayat2 yg dihafaz.
  • Yang bab merokok ni tak usah kita panjang lebarkan lah.. Everybody know that. Tapi, entah mengapalah ada juga kalangan umat manusia ni yang dah tahu merokok memang membahayakan kesihatan, tetapi buat pekak badak je... I pun x fhm.. Pelbagai research dah dilakukan, but still mcm tu jugak.. Nasihat dah jenuh nasihat. Berbuih dah mulut ni. Mengugut pun dah mcm2 ugutan yg i buat spy husband berhenti merokok, tapi, hasilnya mcm tu jagak. Fikirlah sendiri...
So, to those parents yg mahukan anak2 mereka bijak lagi pintar, ikutilah saranan dan amalan yg diamalkan oleh orang Yahudi tadi. I mean, yg blh diikut lah... hehehe..
Wassalam...

Friday, March 26, 2010

Salam to all readers..
I wish all of you berada dlm good condition. Sambil santai2 begini..ingin saya meluahkan sesuatu
terbuku dlm hati, n actually membuatkan i berfikir sejenak.
Actually tadi i x punya banyak sangat kerja, so i ada membuka blog2 mengenai merancang
kehamilan. Disana ada disebutkan tentang waktu2 yg sesuai bagi sesebuah family utk
merancang kehamilan, yakni tempoh yg disebutkan ialah 2 tahun @ 2 tahun setengah. Because
mereka merujuk kpd tempoh penyusuan penuh bagi seseorang kanak2 adalah dlm tempoh
tersebut. So, ada pendapat yg menyatakan apabila seseorang ibu yg menyusukan anak
mempunyai tahap kesuburan yg kurang berbanding ibu yg tidak menyusukan anak.
Writer of the blog juga ada menyebut, cara @ kaedah yg blh digunakan bagi merancang
kehamilan yakni penggunaan kondom(yg ini semua org pun tahu), hehehe...
Kaedah lain adalah penggunaan IUD (entah alat apa sbb i x tau pun), cucuk setiap 3 bulan sekali & kaedah Pandai2 Sendiri (yg disebut - kaedah An-Zhal) yakni suami mengeluarkan air mani
tanpa memancutkannya ke dalam. Tetapi, perlu dilakukan dgn persetujuan pasangan suami
isteri..
I sebenarnya x pernah ambil tahu pun mengenai perancangan yg sebegini. Yg i tahu, kalau nk
buat family planning, makan ubat je.. everyday.. more easier..
But, i ni bukan jenis yg suka membuat sesuatu perkara as a habits. Example mcm inilah..
i have to take the ubat setiap hari... Owh, please... x kuasa akak...
tapi, inilah jadinya..... hehehehehehe...
3 anak dlm tempoh 3 tahun..
Maisarah dapat adik(Haikal) ketika umurnya 1 tahun sebulan.. Haikal juga bakal mendapat
adik barunya nanti (July) hanya ketika dia berusia 11 bulan!!!
Memang i akui, i tersangat penat.. Maisarah n Haikal masih tersangat kecil utk memahami
setiap arahan i. Malah, Maisarah tu bercakap pun x pandai lagi..
& 1 more thing yg i nk share with u all the readers.. ada juga disebutkan dlm blog tersebut,
mengatakan.. sekiranya jarak antara anak tidak sesuai, maka akan terjadi sesuatu yg bukan dlm kawalan kita.. hehehe.. ayat tu mcm nk buat semua org takut je.. dont worry, ini bukan
sejenis ancaman.. hehehe..
Macam ni katanya, jika jarak umur anak melebihi 2 tahun, dikhuatiri anak itu akan terlebih
manja dan bersikap mementingkan diri sendiri. Hmmm... iyalah, dlm banyak perkara dia telah
terbiasa bersendiri. Bermain sendiri, mainan juga x biasa share. Malah, dlm banyak hal juga
kita sbg ibu bapa x mengalihkan attention kpd anak yg lain. Tumpuan hanya diberi kpd dia
seorang shj.. kan??
Tapi, kalau jarak umur anak kurang dari 2 tahun pula, anak yg lebih tua cenderung merasa
hina diri & merasa seperti diri tidak diberi perhatian.. Owh.. Kesiannya... Of course dia fikir
mama n papa lebih sayangkan adik daripadanya..
Owh please.. Perkara inilah yg tlh mengganggu fikiran i sebenarnya.. Adakah Maisarah berasa
seperti itu everytime i melayan Haikal?????
Perkara seperti ini, even i beritahu kpd Maisarah hundred time sekalipun yg i sayangkan dia,
adakah dia akan mengerti?
1 more thing, i sangat takut kalau anak2 akan label i bukanlah ibu yg baik kpd mereka.. Ya Tuhan... Actually, i nk anak cepat2 bukan apa... i nk anak2 membesar sekali.. Bermain sekali,
belajar sekali, sekolah sekali.. Lagipun, suami i dah berusia 41 tahun. Dia pun bukan kerja
kerajaan, ada pencen. Kahwin pun lewat. Lagi lama i merancang, lagi lewat bagi dia utk menyara anak. I kira dr segi umur lah, nt Maisarah umurnya 18thn, suami dah 57!! Hmm...
Ada lagi 1 hal yg disebut dlm blog itu, ialah merancang haruslah bertepatan dgn niat individu dlm organisasi kekeluargaan tersebut. Yakni, biarlah kita membuat perancangan keluarga utk menstabilkan ekonomi keluarga, atau memberi perhatian sewajarnya kepada tumbesaran anak, menstabilkan kesihatan tubuh badan.. dan sebagainya.. Adalah haram hukumnya jika kita membuat perancangan keluarga kerana kita takut akan kemiskinan. Seolah-olah anak akan membawa masalah ekonomi kpd kita. Sedangkan Allah s.w.t. juga telah berjanji akan memberi rezeki kepada setiap ciptaanNya. Manusia dan binatang serta haiwan yang hidup di atas muka bumi ini tentulah mempunyai rezekinya sendiri. Begitu juga halnya dengan anak2 kita. Janganlah pula kita takut kalau kita ada anak, maka rezeki kita akan semakin berkurang.. Masya-Allah.. Mengapa pula kita harus berfikiran cetek seperti itu?? Sedangkan kita tahu, anak2 lah yg menceriakan satiap hari2 kita. Tanpa anak, hidup ini terlalu sunyi tanpa gelagat dan keletah mereka.. Jd mengapa pula harus berfikir akan kemiskinan jika kita menambah anak?? I sekadar memberikan pendapat dan pengetahuan. Jika ada sesiapa yg punya pendapat, sila e-mail i di zettyhumaira@yahoo.com
Together we can share our knowledge, idea & etc. Thank You, & see ya!!

Thursday, March 18, 2010

Salam..
Hari nie kire my 1st day for me to write something in here..
But, biaselah..i bukan jenis yg pandai sgt mengarang. Now i still at my office, looking at everything happen between all people. Looks like mcm ada something happen tp i tak tahu. I rs ada conspiracy nk menjatuhkan org lain.. ada jg yg gila kuasa.. hmmm...
I keje di Kuantan, bekerja bersama-sama dengan suami i yg tercinta.. heleh... ;P
Kononnya together gether running our company.. Our business is doing the maintenance of ICT. banyak juga rezeki kami.. Maintenance at Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Hospital Batu Pahat, Hospital Johor Bharu, n Hospital Kuala Terengganu.. Our technician will go if there is any problem yg berkaitan dgn ICT problem.
Projek lain maintenance dgn Maxis.. dah lah, malas nk crite ttg keje..
I am a mother of 2 lovely kids! My first baby is girl. She is 1 years 8 month now.. Her name is NUR SHAMEEN ALYSSA MAISARAH. Wow, what a long name, rite?? Hehehe.. Biaselah.. Anak sulung. My second baby is boy. He is 7 month now. His name is MOHD ABBAS HAIKAL ZAFRAN. Biaselah.. anak lelaki sulung. Terus terang, i terlalu sayangkan anak2 melebihi suami i even i ckp i cintakan my husband, but my kids is no 1..
I ni jenis yg garang n tegas sgt. Bukan sikit tau..
But i never hit my child, just marah2 je.. I rs mother lain pun mcm tu kan??
Sometime i x berapa faham how to be a very good mother.
Adakah i x boleh marah anak2, memukul apatah lg kan?? Lagi lah x boleh... I takut.. I am a young mother sometime i had lost my temper, anak2 pulak yg jadi mangsa. How???
Kalau i x marah, mcm mana ank2 nk pandai kan? Kalau i x tegas, mcm mana ank nk dicipline kan??
hmmmm... Maybe this is the challenge to be a good parents nowadays..
Maklum ajelah kan, bebudak zaman sekarang.. Kalau kita x didik.. lain pulak jadinye.
Entah... zaman sekarang x sama mcm zaman dulu..
Plus, my husband langsung x pandai nk marah anak. Pelik jugak, maybe dia dah agak berusia kan... he is 41 now.. So, dia agak slow skit bab2 marah2 anak ni.. dah, kalau i x tegas, my husband pun x pandai marah, i takut lama-kelamaan anak2 tidak akan rasa takut what they're doing even they know what they're doing is wrong. Hilang rasa takut, hilang rasa hormat, n tiada rasa bersalah..
Ya Allah... Selamatkanlah anak-anakku daripada kemelut dunia yang akan datang. Tetapkanlah iman mereka, jadikan Maisarah dan Haikal insan yang berguna.. Kurniakanlah mereka ketaqwaan yang tinggi, sifat kesabaran yang penuh di dada, dan perelokkanlah budi pekerti mereka.. Ya Tuhanku, sayangilah anak-anakku seperti aku menyayangi mereka... AMIN....
To Maisarah and Haikal, walaupun mama selalu marah pada kamu... tapi.. ketahuilah.......
sesungguhnya mama sangat sayang pada kamu dan mama hanya mahu kamu menjadi kanak-kanak yang pandai...