Monday, March 29, 2010

Assalamualaikum.. Hai.. How r u doing today? Hope everyone ok, sihat dgn kehendakNya, Insya Allah. I'm ok, husband outstation semalam, ada meeting katanya. Jgn melencong sudah... heheheh.. Maisarah & Haikal also fine. Baby yg dlm perut ni pun ok, asyik menendang je. Today, cukup 23weeks (5bln lebih). 2 weeks from now, I kena pergi klinik, buat check up. I nk buat scanning. Skrg ni ada 3D scanning. Blh nmpk lbh jelas if baby got problem. Contohnya, kalau baby ada masalah sumbing.. Mcm2 lagilah.. Bagus technology zmn skrg ni, serba canggih. Masa scan Maisarah dulu, siap blh print gmbr tu, spai skrg I simpan. Masa Haikal, x blh print.. gmbr gelap. Baby ni x tahulah. Kalau b'nasib baik, dapat lah print, simpan, bt kenangan.. hehehe. Nak tahu baby ni baby girl or baby boy, senang nk buat persediaan.
Hmmmm... menyentuh perihal baby yg dlm kandungan I ni, semalam I ada terbaca dlm satu blog mengenai kandungan jugalah. If I'm not mistake, blog tu namanya afzanistrator.blogspot.com (minta maaflah kalau tersilap), sbb x brp ingat. I sgt berminat dgn tajuknya yg berbunyi "MENGAPA YAHUDI BIJAK?". Post nya sgt pjg, tp sgt berbaloi utk dibaca, especially to women yg bru lps kahwin, & wish to have a baby. So, baik kita praktikkan ia to get a genius child. Iyalah, jgn kita tengok perkataan YAHUDI tu, tp kita lihat kpd amalan2 yg org mereka lakukan. Yg mana baik utk kita, apa kata kita amalkan. Melainkan kalau anda langsung x kisah anak anda tu bodoh & bengap.. Tapi, setahu I, zaman skrg ramai ibubapa berlumba-lumba nk jadikan anak mereka number 1 in Malaysia. 16A 1 senang2 je dlm tangan. Xkan lah kita x mahu anak kita bijak mcm mereka2 tu kan?? Hmmm... So, Selamat Membaca... :p
~~Dr Stephen Carr Leon~~
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yg menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, music, saintis dan yang paling hebat ialah dalam bidang perniagaan, dimana ia memang palong tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat secara harmoni. Untuk pengetahuan anda, tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data2 yang setepat mungkin.
Antara data2 yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data2 tadi saya cuba bandingkan dgn bangsa dan kaum2 lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tidak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak". Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa rasa jemu beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awak mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengahari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau, daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang2 Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu2 yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang2 Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan(hanya isi @ fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi, anda akan dihidang buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi@roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sesekali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh @ lembap). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah.......tekalah sendiri!!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak2 tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak2 Yahudi sungguh bijak dan rata2 mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain music dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak2 dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran music dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius music terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak2 Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak2 di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Di sini murid2 ditekan dangan matapelajarn sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Sati lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US 1 juta!! Anda terperanjat? Itulah kenyatannya, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai 1/2 perniagaan di dunia!! Siapakah yang mencipta Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka. Menurut mereka, ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala. Banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang2 Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang2 Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka, lahirlah Starbuck, Dell Computer, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar music classic. Seterusnya, ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yang baik untuk otak, menghayati music sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak2, dengan bermain piano dan violin tentu dapat melatih anak2 mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart, dan menembak.
Merokok menjanjikan gerenasi yg moron (bodoh) dan sudah tentu gen yg bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali. Di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka (Singapore) hampir serupa dengan Israel. Maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$0.70cts!!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg boleh dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahsa lain selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama @ bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival. Yang ingin saya ketengahkan ialah, MAMPUKAH KITA DAPAT MELAHIRKAN GENERASI YANG BIJAK SEPERTI YAHUDI?
Jawapannya ialah mungkin memerlukan perubahan, dan pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya. Setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa Saya Gemarkan Tomato.
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan menusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

-----------------------------------------

Hmmm... So, whats ur opinion guys? Bolehkah kita terima pakai apa yg Dr Stephen Carr Leon ni katakan hasil dr kajiannya yg lama tu? Bagi I, mengapa tidak?
  • Bagi yg beragama Islam, bermain piano, menyanyi dan mendengar alunan music yg lembut sama jg dgn alunan Al-Quran. Kita digalakkan membaca Surah2 terpilih seperti Surah Mariam dan Surah Yusuf semasa mengandung krn kita tahu, Surah2 tersebut ada khasiatnya yg tersendiri..
  • Makan makanan yg berkhasiat seperti kurma, salad, buah-buahan, ikan.. bukan snak, makanan berperisa & yg mengarut ntah ape2 tu.. Mak saudara I ckp, makan 7 biji buah kurma sehari dpt melahirkan anak yg penyabar.
  • Amalan menggoyangkan @ menundukkan kepala yang diamalkan orang Yahudi lbh kurang sama juga seperti yg dituntut dlm Islam. Yakni, semasa kita bersolat, kita merukuk, bersujud. Semasa bersolat jg, kita mesti memandang tmpt bersujud shj. Iaitu dlm keadaan menunduk. Pelajar2 tahfiz juga, kalau kita perhatikan, sms mereka menghafaz ayat2 Al-Quran, mereka akan menggoyangkan kepala mereka spy senang mengingati ayat2 yg dihafaz.
  • Yang bab merokok ni tak usah kita panjang lebarkan lah.. Everybody know that. Tapi, entah mengapalah ada juga kalangan umat manusia ni yang dah tahu merokok memang membahayakan kesihatan, tetapi buat pekak badak je... I pun x fhm.. Pelbagai research dah dilakukan, but still mcm tu jugak.. Nasihat dah jenuh nasihat. Berbuih dah mulut ni. Mengugut pun dah mcm2 ugutan yg i buat spy husband berhenti merokok, tapi, hasilnya mcm tu jagak. Fikirlah sendiri...
So, to those parents yg mahukan anak2 mereka bijak lagi pintar, ikutilah saranan dan amalan yg diamalkan oleh orang Yahudi tadi. I mean, yg blh diikut lah... hehehe..
Wassalam...

No comments:

Post a Comment